Friday, 18 September 2015

WUJUDKAN 2 PAKATAN PEMBANGKANG - PAKATAN RAKYAT 2.0 DAN KONGRES RAKYAT.



Kongres Rakyat boleh menjadi penyelesaian kepada kekalutan di kalangan parti-parti pembangkang.

DAP dan Amanah tidak mahu PAS di dalam pakatan baru pembangkang. PAS pula tidak mahu bekerjasama dengan Amanah. Rakyat yang dibelenggu pelbagai masalah seperti kenaikan kos sara hidup semakin bosan dengan gelagat orang-orang politik.

Satu penyelesaian adalah dengan mewujudkan 2 pakatan pembangkang. PKR, DAP dan Amanah di dalam Pakatan Rakyat 2.0. Sementara PAS dan NGO-NGO di dalam Kongres Rakyat.

Wakil dari kedua-dua paakatan akan berbincang di dalam isu-isu seperti pembahagian kerusi atau strategi menentang BN. Penyelesaian ini lebih baik dari percakaran secara terbuka dan memalukan yang berlaku hari ini.

Kongres Rakyat telah berlangsung pada 12 September lepas. Pakatan Rakyat 2.0 pula yang diusulkan oleh PKR masih tergantung.


No comments:

Post a Comment