Sunday, 27 September 2015
DAP PARTI TERKUAT SELEPAS PRU14.
DAP dijangka akan menjadi parti terkuat di Selangor selepas pilihan raya umum akan datang (PRU14).
Satu kajian meramalkan parti itu akan meraih 18 kerusi ADUN berbanding dengan 15 kerusi ADUN pada pilihanraya umum 2013 (PRU13).
Pakatan Harapan dijangka akan dapat meraih undi bukan Melayu tetapi gagal mendapat sokongan orang Melayu.
Orang Melayu dijangka akan mengundi secara taktikal. Mereka akan meninggalkan UMNO akibat pelbagai masalah yang melanda parti tersebut dan pimpinan mereka. Sebaliknya mereka akan mengalihkan sokongan kepada PAS kerana parti itu berjaya mempertahankan prinsip mereka walaupun diasak oleh DAP and Amanah.
Walau bagaimana pun ia tidak semudah itu. Apabila berlaku pertembungan di antara UMNO dan PAS, orang Melayu akan menyokong PAS. Tetapi apabila berlaku pertembungan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PKR dan Amanah), orang Melayu akan kekal bersama UMNO.
PKR pula diramal akan kehilangan lebih separuh dari 9 kerusi majoriti Melayu yang dimenangi pada PRU13.
PAS pula dijangka akan berhadapan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi mereka dengan DAP dan Amanah bertanding di kerusi-kerusi itu.
DAP dijangka bertanding pada 5 kerusi PRU13 PAS dan berupaya memenangi lebih separuh dari kerusi-kerusi tersebut kerana undi Melayu akan berpecah di antara PAS dan UMNO.
Amanah pula bernasib baik jika boleh memenangi 1 kerusi.
Kajian itu menjangka parti-parti yang akan bertanding pada PRU14 adalah seperti berikut,
PKR - 21 kerusi seperti PRU13.
DAP - 20 kerusi (15 kerusi PRU13 dan 5 kerusi 3 penjuru pada kerusi PRU13 PAS)
Amanah - 15 kerusi (3 penjuru pada kerusi PRU13 PAS)
PAS - 20 kerusi seperti PRU13.
Parti Sosialis - 2 kerusi (Semenyih dan Kota Damansara)
BN - 56 kerusi
Sementara keputusan PRU14 adalah diramal seperti berikut,
PKR - 9 kerusi (5 kerusi majoriti bukan Melayu PRU13 kekal, 4 kerusi majoriti Melayu PRU13 kekal, 5 kerusi majoriti Melayu PRU13 hilang kepada UMNO)
DAP - 18 kerusi (15 kerusi PRU13 kekal, 3 kerusi PRU13 PAS berjaya dirampas)
Amanah - 1 kerusi PRU13 PAS berjaya dirampas.
PAS - 16 kerusi (11 kerusi PRU13 kekal, 5 kerusi PRU13 UMNO berjaya dirampas, 3 kerusi PRU13 hilang kepada DAP dan 1 kerusi PRU13 hilang kepada Amanah)
UMNO - 12 kerusi (7 kerusi PRU13 kekal, 5 kerusi PRU13 PKR berjaya dirampas, 5 kerusi PRU13 hilang kepada PAS)
Parti Sosialis - Tiada kerusi.
Ini bermakna Pakatan Harapan akan mendapat 28 kerusi, PAS 16 kerusi dan UMNO 12 kerusi.
Pakatan Harapan akan menuntut kerusi Menteri Besar dan membentuk kerajaan kerana memiliki bilangan ADUN paling ramai walaupun tidak mendapat majoriti. Pakatan Harapan hanya berjaya memenangi separuh kerusi ADUN kerana keseluruhannya terdapat 56 kerusi ADUN.
Susah hendak diramalkan siapa yang DYMM Sultan Selangor akan memilih untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi kajian juga meramalkan DAP akan bersiap sedia dengan ADUN-ADUN berbangsa Melayu sebagai calon Menteri Besar.
Walau bagaimana pun adalah dijangka akan mengambil masa berminggu-minggu sebelum sebuah kerajaan dibentuk di Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment