Sunday, 20 September 2015

HENTIKAN AIR PERCUMA KEPADA WARGA ASING.


Kerajaan negeri Selangor membelanjakan lebih RM100 juta setahun untuk memberikan air percuma kepada rakyat. Walaupun ia adalah satu jumlah besar tetapi berharga kerana dapat membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Tetapi amat malang sekali kerajaan negeri terpaksa juga memberi subsidi ini kepada warga asing. Selain dari membawa pulang berbillion ringgit ke negara asal mereka, mereka juga menikmati manfaat air percuma seperti rakyat tempatan.

Maka terdapat orang ramai yang mahu pemberian air percuma kepada warga asing ini dihentikan. Kerajaan negeri akan dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit dan dana ini boleh disalurkan kepada program-program kebajikan rakyat yang lain.

Di negara-negara lain di dunia bukan semua kemudahan kebajikan yang dinikmati rakyat tempatan turut dinikmati rakyat asing yang tinggal di negara tersebut. Contohnya yuran pengajian di institusi pengajian tinggi adalah lebih tinggi bagi rakyat asing.

No comments:

Post a Comment