Wednesday, 23 September 2015
PAKATAN HARAPAN AGENDA DAP.
Pengumuman hari ini oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Harapan adalah bukti bahawa pakatan baru ini adalah agenda DAP.
Semalam Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali, berkata Pakatan Harapan adalah untuk pilihan raya akan datang dan tidak menjejaskan kerajaan negeri Selangor sekarang yang diperintah bersama oleh PKR, PAS dan DAP.
Perbezaan pendekatan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya DAP untuk memastikan Pakatan Harapan dapat menggantikan Pakatan Rakyat yang mereka dakwa telah mati.
Ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengeluarkan PAS dari arus perdana politik negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengiktiraf Parti Amanah Negara (PAN). Beliau berbuat sedemikian walau pun Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan untuk menukar nama Pertubuhan Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara belum lagi diluluskan.
PAN juga dilihat ramai sebagai agenda DAP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment