Wednesday, 23 September 2015

PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN : PAS PERLU BERSEDIA UNTUK SAINGAN YANG SENGIT.


Akhirnya satu pakatan baru telah ditubuhkan. Pakatan Harapan rakyat telah lahir pada tanggal 22 September 2015. Asalnya didokong oleh parti-parti PKR, DAP dan Amanah serta NGO-NGO tetapi diberitakan Datuk S. Ambiga dari BERSIH telah walk-out dari persidangan meja bulat tersebut. Kononnya kerana membantah kenapa NGO-NGO dipanggil tetapi pakatan yang dibentuk hanya melibatkan hanya 3 parti politik.

Tetapi walau apa sekali yang berlaku pada persidangan itu pakatan politik baru telah terbentuk dan ia tidak melibatkan PAS. Maka sudah tentu akan berlaku pertembungan di antara Pakatan Harapan di satu penjuru dan PAS di satu penjuru lagi.

Pakatan Harapan pasti akan melancarkan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat. Untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka yang paling layak menggantikan Pakatan Rakyat yang telah disemadikan di kubur yang tidak bernisan.

PAS kelihatan berseorangan tetapi ada ura-ura untuk menjadikan NGO-NGO yang mendokong Kongres Rakyat 12 September lepas sebagai rakan-rakan dalam satu pakatan politik yang baru.

Sudah tentu pertembungan ini sengit dan dijangka Selangor akan menjadi medan utama pertembungan ini. Tetapi adakah PAS di Selangor berupaya menghadapi serangan-serangan tersebut? Terutamanya apabila Amanah sebagai parti baru sudah tentu ada semangat baru.

Walau pun di Selangor Exco-Exco dan ADUN-ADUN PAS begitu aktif dan menguasai masyarakat tetapi jentera parti masih perlu membuktikan kemampuan mereka. Adakah jentera penerangan berkesan atau tumpul? Adakah program-program kebajikan meluas atau tidak dirasai rakyat?

Penubuhan Pakatan Harapan adalah satu rahmat. PAS sekarang tahu siapa lawan dan siapa kawan mereka. Tetapi mereka perlu bersiap sedia untuk satu saingan yang amat sengit.

No comments:

Post a Comment