Wednesday, 30 September 2015
SEJAUH MANA BAHAYA JEREBU?
Tidak ramai yang tahu apa itu jerebu dan bahananya. SHUHADA MANSOR dari MyMetro berkongsi maklumat untuk mewujudkan kesedaran kesan pencemaran ini kepada tubuh kita.
Kebanyakan kita mungkin sudah lupa apa itu jerebu dan kesannya kepada tubuh badan. Jika kita berada di bangku sekolah, pendedahan terperinci diberikan guru selain pelbagai alternatif digunakan untuk menjaga kesihatan.
Kita, generasi muda dilihat paling ramai tidak memandang serius penjagaan kesihatan ketika negara menghadapi fenomena ini. Sama ada penunggang motosikal tidak memakai penutup hidung (mask) hinggalah anda yang tetap melakukan aktiviti luar meskipun keadaan udara semakin teruk.
BUKAN FENOMENA LUAR BIASA
Ketika ini, Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu dengan teruk sekali. Isu ini ibarat perkara rutin yang muncul setiap tahun tanpa dapat dikawal mahupun dikurangkan.
Mungkin disebabkan ia berlaku secara kerap, kita seakan-akan endah tak endah mengenai hal ini.
APA ITU JEREBU?
Bagi yang malas untuk mengambil tahu perihal semasa, mungkin tidak mengetahui pengertian jerebu dan kandungannya.
Seperti dijelaskan dalam portal Kementerian Kesihatan, jerebu adalah keadaan kualiti udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak penglihatan.
Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Bahan pencemaran yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter
Ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.
SKALA KUALITI UDARA
Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.
YANG KITA TAK SEDAR
SESAK NAFAS - Bukanlah perkara biasa jika kita sesak nafas secara tiba-tiba. Kesukaran bernafas ini disebabkan molekul yang terdapat pada udara terkandung gas beracun yang tidak elok disedut manusia.
Lebih membimbangkan apabila penghidap asma, radang paru-paru lebih berisiko tinggi terdedah kepada masalah sesak nafas.
HIDUNG BERAIR - Hidung adalah saluran utama pernafasan. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya disedut ketika jerebu, ia dikhuatiri akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara beracun.
Hal ini seterusnya menyebabkan hidung berair seperti selesema dan juga bersin yang kerap.
PENYAKIT LAIN - Terdapat pelbagai jenis penyakit yang berisiko terdedah kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu:
saja antaranya terasa gatal di bahagian kerongkong, batuk. kulit terasa gatal, mata gatal dan sakit dada.
TIP PENCEGAHAN
Banyak portal dan tip kesihatan dikongsikan media cetak dan media elektronik. Paling utama, kurangkan aktiviti luar. Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari, apa kata cuba lakukannya di rumah dan cari senaman terbaik demi kesihatan anda.
Sentiasa gunakan topeng pernafasan apabila keluar rumah. Sebaiknya, kurangkan merokok kerana asap rokok dan udara yang disedut akan memburukkan lagi tahap kesihatan.
Banyakkan minum air sekurang-kuranya dua liter sehari dan selalulah membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
Jika simptom buruk berlarutan, dapatkan nasihat perubahan supaya anda dapat jalani rutin harian seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment