Thursday, 17 September 2015

PROGRAM BANTUAN PERAYAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAGAL?


Pada bulan November ini rakyat beragama Hindu di Selangor akan mendapat baucer membeli-belah sempena Deepavali. Walau bagaimanapun pemberian ini hanyalah untuk mereka yang berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU dan warga emas. Program ini bukan sahaja untuk Deepavali tetapi untuk perayaan-perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Program ini memang baik kerana ia dapat memberi kecerian kepada rakyat tetapi adakah program ini telah menepati sasarannya? Adakah semua yang menerimanya golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU atau warga emas? Setelah lebih 5 tahun program ini dilaksanakan, adakah masih terdapat mereka dari kumpulan tersebut yang masih belum menikmati peluang membeli-belah itu?

Ada juga yang mendakwa hanya mereka yang rapat dengan ADUN atau pegawai-pegawai pusat khidmat dipanggil untuk membeli-belah. Mereka mendakwa orang-orang yang sama mendapat baucer setiap tahun walaupun mereka tidak layak.

Selain itu ada juga yang menuduh pusat khidmat ADUN kurang turun padang kerana terdapat mereka yang sah tidak layak telah mendapat baucer walhal yang layak tidak dapat. Kata mereka terdapat mereka yang datang membeli-belah dengan kereta walaupun disenaraikan sebagai golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan negeri Selangor perlu menghentikan sebarang ketirisan. Hanya mereka yang layak patut menerima baucer. Kronisme mesti dihapuskan. ADUN dan pusat khidmat mesti turun padang.

Kerajaan mesti menghukum ADUN dan pegawai pusat khidmat yang gagal. Mungkin gaji mereka dipotong dan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment