Wednesday, 30 September 2015

PUJIAN UNTUK SEMUT MERAH.


PENGURUS PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rasid menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila berjaya mencuri satu mata walaupun terpaksa berdepan lawan dengan kekurangan seorang pemain dalam tempoh yang panjang.

Baginya, karakter dipamerkan pemain perlu diteruskan untuk terus memburu mata bagi memastikan kedudukan di pentas seterusnya dalam saingan Piala Malaysia terjamin.

"Bukan tugas mudah beraksi hampir 65 minit dengan kekurangan seorang pemain berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi saya bersyukur satu mata yang diraih," jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam, Semut Merah membuka jaringan seawal minit ke-19 menerusi rembatan jauh pemain import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra untuk menewaskan penjaga gol PDRM, Badrulzaman Abdul Halim.

Namun, kegembiraan pelawat sedikit terganggu apabila terpaksa beraksi 10 pemain pada m-30 selepas pertahanan, Abdul Ghani Rahman dilayangkan kad merah oleh pengadil, Zulkifli Ahmad kerana menampan bola dengan tangan di depan pintu gol seterusnya membolehkan PDRM dihadiahkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, tuan rumah gagal menyamakan kedudukan apabila sepakan penalti penyerang import dari Mali, Dramane Traore ditepis keluar penjaga gawang Semut Merah, G Jeevanathan sebelum Ali Ashfaq menjaringkan gol penyamaan m-51. (Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment