Friday, 25 September 2015
HAPUSKAN PERATURAN TANAH TAN SRI KHALID.
Kerajaan negeri Selangor disaran agar menghapuskan peraturan-peraturan tanah yang diwujudkan pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.
Pemberian tanah begitu ketat di bawah beliau walau pun dapat menghalang pemberian tanah kepada kroni seperti di zaman BN tetapi ia menafikan rakyat yang amat memerlukan untuk mendapat tanah.
Contohnya tanah hanya boleh diberi kepada mereka yang memiliki rumah kediaman di atas tapak tanah yang dipohon. Mereka yang telah bercucuk tanam juga boleh dipertimbangkan.
Selain dari itu tanah akan dijual kepada pemohon dengan harga semasa. Sudah tentu peraturan ini akan menghalang ramai yang berpendapatan rendah dari memiliki tanah.
Keperluan untuk mendapatkan tanah amat mendesak terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang mahu pulang ke kampung kerana penigkatan kos sara hidup di bandar. Terdapat juga yang telah bersara dan mahu pulang ke kampung tetapi terpaksa berkongsi tanah pusaka bersama adik beradik atau saudara mara.
Sekiranya peraturan tanah Tan Sri Khalid ini dihapuskan sudah tentu ramai golongan tersebut akan dapat pulang ke kampung dan akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di desa.
Selari dengan semangat Merakyatkan Ekonomi Selangor rakyat biasa akan dapat memiliki tanah dan bukan hanya taukeh-taukeh besar atau syarikat-syarikat korporat.
Peraturan yang ketat boleh dperkenalkan untuk mengelakkan sebarang penyelewengan. Contohnya hanya mereka yang tidak memliki tanah atau rumah boleh memohon. Tanah yang dibeli juga sama sekali tidak boleh dijual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment