Thursday, 17 September 2015

PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH AGAMA TIDAK ADIL.


Ramai berpandangan peruntukan untuk sekolah-sekolah agama sebanyak RM6 juta setahun daripada kerajaan negeri Selangor adalah tidak adil.

Polisi kerajaan negeri memberi RM6 juta kepada sekolah-sekolah agama, RM6 juta kepada sekolah-sekolah Cina dan RM6 juta kepada sekolah-sekolah Tamil

Walau bagaimana pembahagian ini adalah tidak adil kerana sekolah-sekolah Cina memiliki kemudahan yang lengkap dan bilangan sekolah Tamil adalah kecil berbanding sekolah agama.

Bilangan sekolah agama pula adalah jauh lebih banyak dan banyak dalam keadaan yang serba kekurangan. Adalah lebih adil sekiranya sekolah-sekolah agama diberikan peruntukan yang lebih.

No comments:

Post a Comment