Tidak lama lagi bulan Oktober akan menemui kita. Ini bermakna Oktoberfest akan juga datang menjengok kembali.
Tahun lepas pesta meminum arak itu telah mewujudkan pelbagai kontroversi sehingga Menteri Besar Selangor perlu campur tangan.
Ia bermula dengan iklan pesta itu yang dipasang di Shah Alam tanpa kebenaran majlis bandaraya tersebut. Sehubungan itu Pemuda PAS telah menghantar satu memorandum kepada Dato' Bandar.
Gambar-gambar wakil rakyat DAP dan PKR sedang meminum arak di pesta itu juga disiarkan di media sosial. Ada yang mendakwa gelagat wakil-wakil rakyat tersebut seolah-olah mencabar umat Islam.
Tetapi apa pula yang akan berlaku tahun ini? Adakah kontroversi yang sama akan berulang? Atau pesta tahun ini tidak akan mendapat publisiti meluas seperti tahun lepas? Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment