Wednesday, 30 September 2015
PUJIAN UNTUK SEMUT MERAH.
PENGURUS PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rasid menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila berjaya mencuri satu mata walaupun terpaksa berdepan lawan dengan kekurangan seorang pemain dalam tempoh yang panjang.
Baginya, karakter dipamerkan pemain perlu diteruskan untuk terus memburu mata bagi memastikan kedudukan di pentas seterusnya dalam saingan Piala Malaysia terjamin.
"Bukan tugas mudah beraksi hampir 65 minit dengan kekurangan seorang pemain berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi saya bersyukur satu mata yang diraih," jelasnya.
Pada perlawanan di Stadium Shah Alam, Semut Merah membuka jaringan seawal minit ke-19 menerusi rembatan jauh pemain import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra untuk menewaskan penjaga gol PDRM, Badrulzaman Abdul Halim.
Namun, kegembiraan pelawat sedikit terganggu apabila terpaksa beraksi 10 pemain pada m-30 selepas pertahanan, Abdul Ghani Rahman dilayangkan kad merah oleh pengadil, Zulkifli Ahmad kerana menampan bola dengan tangan di depan pintu gol seterusnya membolehkan PDRM dihadiahkan sepakan penalti.
Bagaimanapun, tuan rumah gagal menyamakan kedudukan apabila sepakan penalti penyerang import dari Mali, Dramane Traore ditepis keluar penjaga gawang Semut Merah, G Jeevanathan sebelum Ali Ashfaq menjaringkan gol penyamaan m-51. (Sinar Harian)
SEJAUH MANA BAHAYA JEREBU?
Tidak ramai yang tahu apa itu jerebu dan bahananya. SHUHADA MANSOR dari MyMetro berkongsi maklumat untuk mewujudkan kesedaran kesan pencemaran ini kepada tubuh kita.
Kebanyakan kita mungkin sudah lupa apa itu jerebu dan kesannya kepada tubuh badan. Jika kita berada di bangku sekolah, pendedahan terperinci diberikan guru selain pelbagai alternatif digunakan untuk menjaga kesihatan.
Kita, generasi muda dilihat paling ramai tidak memandang serius penjagaan kesihatan ketika negara menghadapi fenomena ini. Sama ada penunggang motosikal tidak memakai penutup hidung (mask) hinggalah anda yang tetap melakukan aktiviti luar meskipun keadaan udara semakin teruk.
BUKAN FENOMENA LUAR BIASA
Ketika ini, Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu dengan teruk sekali. Isu ini ibarat perkara rutin yang muncul setiap tahun tanpa dapat dikawal mahupun dikurangkan.
Mungkin disebabkan ia berlaku secara kerap, kita seakan-akan endah tak endah mengenai hal ini.
APA ITU JEREBU?
Bagi yang malas untuk mengambil tahu perihal semasa, mungkin tidak mengetahui pengertian jerebu dan kandungannya.
Seperti dijelaskan dalam portal Kementerian Kesihatan, jerebu adalah keadaan kualiti udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak penglihatan.
Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Bahan pencemaran yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter
Ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.
SKALA KUALITI UDARA
Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.
YANG KITA TAK SEDAR
SESAK NAFAS - Bukanlah perkara biasa jika kita sesak nafas secara tiba-tiba. Kesukaran bernafas ini disebabkan molekul yang terdapat pada udara terkandung gas beracun yang tidak elok disedut manusia.
Lebih membimbangkan apabila penghidap asma, radang paru-paru lebih berisiko tinggi terdedah kepada masalah sesak nafas.
HIDUNG BERAIR - Hidung adalah saluran utama pernafasan. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya disedut ketika jerebu, ia dikhuatiri akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara beracun.
Hal ini seterusnya menyebabkan hidung berair seperti selesema dan juga bersin yang kerap.
PENYAKIT LAIN - Terdapat pelbagai jenis penyakit yang berisiko terdedah kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu:
saja antaranya terasa gatal di bahagian kerongkong, batuk. kulit terasa gatal, mata gatal dan sakit dada.
TIP PENCEGAHAN
Banyak portal dan tip kesihatan dikongsikan media cetak dan media elektronik. Paling utama, kurangkan aktiviti luar. Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari, apa kata cuba lakukannya di rumah dan cari senaman terbaik demi kesihatan anda.
Sentiasa gunakan topeng pernafasan apabila keluar rumah. Sebaiknya, kurangkan merokok kerana asap rokok dan udara yang disedut akan memburukkan lagi tahap kesihatan.
Banyakkan minum air sekurang-kuranya dua liter sehari dan selalulah membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
Jika simptom buruk berlarutan, dapatkan nasihat perubahan supaya anda dapat jalani rutin harian seperti biasa.
PENANGAN MAGGI KETAM POWER.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman
rencana@hmetro.com.my
Pasti ramai yang tidak percaya atau menjangka gabungan mi segera maggi dan ketam mampu memikat selera apabila digabungkan bersama-sama.
Bagi yang belum mencuba atau tidak yakin dengan menu itu, pastikan anda cuba dan menikmati resipi rahsia disediakan pemilik Restoran Maggi Ketam Power di Puchong, Selangor.
Pemiliknya, Norfazilah Jusoh, 36, berkata, menu maggi ketam power menggunakan pes yang dicipta sendiri selepas mencuba beberapa bulan.
“Saya mencuba berkali-kali untuk mendapatkan pes yang terbaik bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan yang lazat,” katanya.
Ketika penulis mencuba maggi ketam power, baru-baru ini, rasanya memang lain, ditambah dengan ketam segar yang dimasak bersama kuah yang menyelerakan.
Berbeza dengan maggi ketam lain yang penulis cuba, kuahnya pekat dan menghasilkan rasa yang unik dan sedap.
Rasanya pedas diselang-seli dengan rasa masin manis cukup menyelerakan dan perahan limau kasturi melengkapkan hidangan itu.
Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan pes kuah itu ialah bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili dan udang kering.
Selain maggi ketam yang menjadi pilihan pelanggan, Restoran Maggi Ketam Power turut terkenal dengan maggi udang galah dan terbaru, maggi gearbox.
Ketiga-tiga menu itu menggunakan pes yang sama dan hanya berbeza daripada jenis protein yang digunakan.
Dia yang mengusahakan restoran itu bersama suaminya, Mohd Azmanizam Bahruddin berkata, selain maggi terdapat hidangan nasi goreng ketam dan udang galah.
Dia tidak menyangka sambutan pelanggan di luar dugaan walaupun minggu pertama restoran itu dibuka.
“Bagi harga promosi untuk hidangan maggi ketam power ialah RM14 semangkuk dan kami menyediakan pengetuk serta penyepit bagi memudahkan pelanggan,” katanya.
Restoran Maggi Ketam Power turut menerima tempahan katering untuk pelbagai jenis hidangan.
Beroperasi pada jam 4 petang hingga 2 pagi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Nor Fazilah atau terus ke restoran itu di 234 Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, Batu 13, Puchong, Selangor.
rencana@hmetro.com.my
Pasti ramai yang tidak percaya atau menjangka gabungan mi segera maggi dan ketam mampu memikat selera apabila digabungkan bersama-sama.
Bagi yang belum mencuba atau tidak yakin dengan menu itu, pastikan anda cuba dan menikmati resipi rahsia disediakan pemilik Restoran Maggi Ketam Power di Puchong, Selangor.
Pemiliknya, Norfazilah Jusoh, 36, berkata, menu maggi ketam power menggunakan pes yang dicipta sendiri selepas mencuba beberapa bulan.
“Saya mencuba berkali-kali untuk mendapatkan pes yang terbaik bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan yang lazat,” katanya.
Ketika penulis mencuba maggi ketam power, baru-baru ini, rasanya memang lain, ditambah dengan ketam segar yang dimasak bersama kuah yang menyelerakan.
Berbeza dengan maggi ketam lain yang penulis cuba, kuahnya pekat dan menghasilkan rasa yang unik dan sedap.
Rasanya pedas diselang-seli dengan rasa masin manis cukup menyelerakan dan perahan limau kasturi melengkapkan hidangan itu.
Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan pes kuah itu ialah bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili dan udang kering.
Selain maggi ketam yang menjadi pilihan pelanggan, Restoran Maggi Ketam Power turut terkenal dengan maggi udang galah dan terbaru, maggi gearbox.
Ketiga-tiga menu itu menggunakan pes yang sama dan hanya berbeza daripada jenis protein yang digunakan.
Dia yang mengusahakan restoran itu bersama suaminya, Mohd Azmanizam Bahruddin berkata, selain maggi terdapat hidangan nasi goreng ketam dan udang galah.
Dia tidak menyangka sambutan pelanggan di luar dugaan walaupun minggu pertama restoran itu dibuka.
“Bagi harga promosi untuk hidangan maggi ketam power ialah RM14 semangkuk dan kami menyediakan pengetuk serta penyepit bagi memudahkan pelanggan,” katanya.
Restoran Maggi Ketam Power turut menerima tempahan katering untuk pelbagai jenis hidangan.
Beroperasi pada jam 4 petang hingga 2 pagi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Nor Fazilah atau terus ke restoran itu di 234 Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Luar, Batu 13, Puchong, Selangor.
Sunday, 27 September 2015
DAP PARTI TERKUAT SELEPAS PRU14.
DAP dijangka akan menjadi parti terkuat di Selangor selepas pilihan raya umum akan datang (PRU14).
Satu kajian meramalkan parti itu akan meraih 18 kerusi ADUN berbanding dengan 15 kerusi ADUN pada pilihanraya umum 2013 (PRU13).
Pakatan Harapan dijangka akan dapat meraih undi bukan Melayu tetapi gagal mendapat sokongan orang Melayu.
Orang Melayu dijangka akan mengundi secara taktikal. Mereka akan meninggalkan UMNO akibat pelbagai masalah yang melanda parti tersebut dan pimpinan mereka. Sebaliknya mereka akan mengalihkan sokongan kepada PAS kerana parti itu berjaya mempertahankan prinsip mereka walaupun diasak oleh DAP and Amanah.
Walau bagaimana pun ia tidak semudah itu. Apabila berlaku pertembungan di antara UMNO dan PAS, orang Melayu akan menyokong PAS. Tetapi apabila berlaku pertembungan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PKR dan Amanah), orang Melayu akan kekal bersama UMNO.
PKR pula diramal akan kehilangan lebih separuh dari 9 kerusi majoriti Melayu yang dimenangi pada PRU13.
PAS pula dijangka akan berhadapan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi mereka dengan DAP dan Amanah bertanding di kerusi-kerusi itu.
DAP dijangka bertanding pada 5 kerusi PRU13 PAS dan berupaya memenangi lebih separuh dari kerusi-kerusi tersebut kerana undi Melayu akan berpecah di antara PAS dan UMNO.
Amanah pula bernasib baik jika boleh memenangi 1 kerusi.
Kajian itu menjangka parti-parti yang akan bertanding pada PRU14 adalah seperti berikut,
PKR - 21 kerusi seperti PRU13.
DAP - 20 kerusi (15 kerusi PRU13 dan 5 kerusi 3 penjuru pada kerusi PRU13 PAS)
Amanah - 15 kerusi (3 penjuru pada kerusi PRU13 PAS)
PAS - 20 kerusi seperti PRU13.
Parti Sosialis - 2 kerusi (Semenyih dan Kota Damansara)
BN - 56 kerusi
Sementara keputusan PRU14 adalah diramal seperti berikut,
PKR - 9 kerusi (5 kerusi majoriti bukan Melayu PRU13 kekal, 4 kerusi majoriti Melayu PRU13 kekal, 5 kerusi majoriti Melayu PRU13 hilang kepada UMNO)
DAP - 18 kerusi (15 kerusi PRU13 kekal, 3 kerusi PRU13 PAS berjaya dirampas)
Amanah - 1 kerusi PRU13 PAS berjaya dirampas.
PAS - 16 kerusi (11 kerusi PRU13 kekal, 5 kerusi PRU13 UMNO berjaya dirampas, 3 kerusi PRU13 hilang kepada DAP dan 1 kerusi PRU13 hilang kepada Amanah)
UMNO - 12 kerusi (7 kerusi PRU13 kekal, 5 kerusi PRU13 PKR berjaya dirampas, 5 kerusi PRU13 hilang kepada PAS)
Parti Sosialis - Tiada kerusi.
Ini bermakna Pakatan Harapan akan mendapat 28 kerusi, PAS 16 kerusi dan UMNO 12 kerusi.
Pakatan Harapan akan menuntut kerusi Menteri Besar dan membentuk kerajaan kerana memiliki bilangan ADUN paling ramai walaupun tidak mendapat majoriti. Pakatan Harapan hanya berjaya memenangi separuh kerusi ADUN kerana keseluruhannya terdapat 56 kerusi ADUN.
Susah hendak diramalkan siapa yang DYMM Sultan Selangor akan memilih untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi kajian juga meramalkan DAP akan bersiap sedia dengan ADUN-ADUN berbangsa Melayu sebagai calon Menteri Besar.
Walau bagaimana pun adalah dijangka akan mengambil masa berminggu-minggu sebelum sebuah kerajaan dibentuk di Selangor.
Friday, 25 September 2015
KORBAN PeBT MDKS DI TG. KARANG BERJAYA.
Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menganjurkan program Kembara Amal Aidil Adha & Jejak Fakir 4.0 Tanjong Karang semalam.
HAPUSKAN PERATURAN TANAH TAN SRI KHALID.
Kerajaan negeri Selangor disaran agar menghapuskan peraturan-peraturan tanah yang diwujudkan pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.
Pemberian tanah begitu ketat di bawah beliau walau pun dapat menghalang pemberian tanah kepada kroni seperti di zaman BN tetapi ia menafikan rakyat yang amat memerlukan untuk mendapat tanah.
Contohnya tanah hanya boleh diberi kepada mereka yang memiliki rumah kediaman di atas tapak tanah yang dipohon. Mereka yang telah bercucuk tanam juga boleh dipertimbangkan.
Selain dari itu tanah akan dijual kepada pemohon dengan harga semasa. Sudah tentu peraturan ini akan menghalang ramai yang berpendapatan rendah dari memiliki tanah.
Keperluan untuk mendapatkan tanah amat mendesak terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang mahu pulang ke kampung kerana penigkatan kos sara hidup di bandar. Terdapat juga yang telah bersara dan mahu pulang ke kampung tetapi terpaksa berkongsi tanah pusaka bersama adik beradik atau saudara mara.
Sekiranya peraturan tanah Tan Sri Khalid ini dihapuskan sudah tentu ramai golongan tersebut akan dapat pulang ke kampung dan akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di desa.
Selari dengan semangat Merakyatkan Ekonomi Selangor rakyat biasa akan dapat memiliki tanah dan bukan hanya taukeh-taukeh besar atau syarikat-syarikat korporat.
Peraturan yang ketat boleh dperkenalkan untuk mengelakkan sebarang penyelewengan. Contohnya hanya mereka yang tidak memliki tanah atau rumah boleh memohon. Tanah yang dibeli juga sama sekali tidak boleh dijual.
Thursday, 24 September 2015
DHPP SENTIASA DIIKTIRAF DAN DIHARGAI.
Pemimpin-pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Selangor sentiasa terlibat dengan program-program PAS Pusat dan Negeri. Contohnya seperti program-program PIHAK (Perhimpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan), JELAS (Jelajah Saiditina Aisyah) dan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden. Mereka diiktiraf dan dihargai sebagai pimpinan PAS.
Wednesday, 23 September 2015
PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN : PAS PERLU BERSEDIA UNTUK SAINGAN YANG SENGIT.
Tetapi walau apa sekali yang berlaku pada persidangan itu pakatan politik baru telah terbentuk dan ia tidak melibatkan PAS. Maka sudah tentu akan berlaku pertembungan di antara Pakatan Harapan di satu penjuru dan PAS di satu penjuru lagi.
Pakatan Harapan pasti akan melancarkan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat. Untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka yang paling layak menggantikan Pakatan Rakyat yang telah disemadikan di kubur yang tidak bernisan.
PAS kelihatan berseorangan tetapi ada ura-ura untuk menjadikan NGO-NGO yang mendokong Kongres Rakyat 12 September lepas sebagai rakan-rakan dalam satu pakatan politik yang baru.
Sudah tentu pertembungan ini sengit dan dijangka Selangor akan menjadi medan utama pertembungan ini. Tetapi adakah PAS di Selangor berupaya menghadapi serangan-serangan tersebut? Terutamanya apabila Amanah sebagai parti baru sudah tentu ada semangat baru.
Walau pun di Selangor Exco-Exco dan ADUN-ADUN PAS begitu aktif dan menguasai masyarakat tetapi jentera parti masih perlu membuktikan kemampuan mereka. Adakah jentera penerangan berkesan atau tumpul? Adakah program-program kebajikan meluas atau tidak dirasai rakyat?
Penubuhan Pakatan Harapan adalah satu rahmat. PAS sekarang tahu siapa lawan dan siapa kawan mereka. Tetapi mereka perlu bersiap sedia untuk satu saingan yang amat sengit.
YAYASAN AMAL KE NEPAL.
Walau pun Hari Raya Aidil Adha namun Yayasan Amal Malaysia tetap menghantar petugas dan sumbangan ke Nepal. Negara itu baru-baru ini telah mengalami gempa bumi.
Nama yayasan tersebut bukan sahaja harum di Malaysia tetapi dikenali juga di luar negara. Sebelum ini petugas-petugas yayasan itu pernah bertugas di Aceh, Kemboja, Gaza dan Pakistan.
DATO' D. DEEPAKARAN RASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Selangor, Dato' D. Deepakaran telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid & Korikulum SMK Raja Mahadi, Klang baru-baru ini.
Beliau telah dijemput sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut. Pimpinan PAS seperti Dato' Deepakaran sentiasa terlibat dengan aktiviti masyarakat.
PAKATAN HARAPAN AGENDA DAP.
Pengumuman hari ini oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Harapan adalah bukti bahawa pakatan baru ini adalah agenda DAP.
Semalam Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali, berkata Pakatan Harapan adalah untuk pilihan raya akan datang dan tidak menjejaskan kerajaan negeri Selangor sekarang yang diperintah bersama oleh PKR, PAS dan DAP.
Perbezaan pendekatan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya DAP untuk memastikan Pakatan Harapan dapat menggantikan Pakatan Rakyat yang mereka dakwa telah mati.
Ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengeluarkan PAS dari arus perdana politik negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengiktiraf Parti Amanah Negara (PAN). Beliau berbuat sedemikian walau pun Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan untuk menukar nama Pertubuhan Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara belum lagi diluluskan.
PAN juga dilihat ramai sebagai agenda DAP.
Tuesday, 22 September 2015
PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA OLEH YAYASAN AMAL DAN PROACE.
Yayasan Amal Cawangan Selangor dan PROACE sedang mengadakan program pemeriksaan kesihatan percuma. Tahniah!
KUKUHKAN DAN LUASKAN PERANAN KONGRES RAKYAT.
Kongres Rakyat yang berlangsung pada 12 September lepas wajar diperkukuhkan dan diperluaskan peranannya.
Ramai kagum dengan penyertaan hampir 200 NGO yang membuktikan kongres ini mendapat sokongan yang meluas dengan ribuan yang menghadirinya.
Kongres yang dipelopori oleh PAS itu telah membahaskan isu-isu rakyat dan menghasilkan Deklarasi Shah Alam dan Pelan Tindakan Rakyat.
Ia tidak sepatutnya berhenti di Shah Alam tetapi diturunkan di setiap negeri dan setiap daerah untuk menjelaskan tuntutan-tuntutan kongres tersebut.
Malah kongres ini patut dibuka kepada lebih banyak NGO malah parti politik dan tidak terhad kepada hampir 200 NGO yang hadir di Shah Alam.
Dengan sokongan yang meluas kongres ini akan bertukar menjadi satu gagasan politik yang kuat lagi kukuh pada pilihan raya umum akan datang.
CIKGU RASHID ZIARAH MANGSA RIBUT.
Penyelaras DUN Jeram Cikgu Muhd Rashid Kasim telah baru-baru ini melawat mangsa ribut Kg Parit Mahang. Bantuan akan dipohon daripada Pejabat Daerah dan Lembaga Zakat Selangor. Cikgu Rashid amat prihatin terhadap kebajikan warga Jeram dan bekerja keras untuk memastikan bebanan mereka diringankan.
YB DR CHE' ROSLI DAN YB RAZALI ZIARAH BEKAS POLIS DAN TENTERA.
YB Dr Che' Rosli Che' Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) dan YB Haji Razali Hasan (ADUN Dusun Tua) telah menziarahi bekas-bekas anggota tentera dan polis di sekitar Hulu Langat baru-baru ini.
Ziarah tersebut adalah sebahagian dari program Jejak Wira anjuran Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini. Dr Che' Rosli adalah Pengerusi Lajnah tersebut.
MB : PAKATAN HARAPAN TIDAK JEJAS KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Oleh: Norhayati Umor ( Selangorkini )
SHAH ALAM 22 SEPT : Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pembentukan Pakatan Harapan tiada kaitan dengan pentadbiran Kerajaan Selangor.
Mohamed Azmin berkata, pembentukan gabungan itu yang melibatkan PKR bersama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – hanya melibatkan perancangan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Perbincangan bagi menubuhkan gabungan pakatan pembangkang baharu ini sebagai perancangan masa depan bagi persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
"Perbincangan masih terus berjalan, masih terbuka untuk PAS sertai. Pintu masih terbuka," katanya kepada pemberita selepas perasmian pelancaran Wifi Selangorku di sini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata pentadbiran Kerajaan Negeri kekal dan tiada sebarang rombakan Exco dilakukan.
"Tiada kaitan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.
"Ini perancangan parti-parti politik untuk melihat bagaimana kita dapat menangani cabaran-cabaran semasa," katanya lagi.
Monday, 21 September 2015
YB DATO' ISKANDAR RASMI PROGRAM JEJAK WIRA.
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dato' Iskandar Abdul Samad telah merasmikan program Jejak Wira di kawasan Rehat Dan Rawat Bukit Dukong, Kajang baru-baru ini.
Program ini adalah anjuran Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor bertujuan untuk menghargai jasa bekas-bekas anggota tentera dan polis.
Pada majlis perasmian tersebut, 40 bekas anggota tentera dan polis telah menerima cenderahati dan sumbangan.
Selepas majlis perasmian beberapa anggota tentera dan polis di sekitar Hulu Langat dan Ampang telah diziarahi.
Bekas-bekas polis dan tentera di Kuala Langat dan Shah Alam telah turut diziarahi oleh pimpinan PAS pada hari-hari yang berasingan.
Turut hadir pada majlis perasmian hari itu adalah Pengerusi Lajnah, YB Dr Che' Rosli Che' Mat dan pimpinan PAS Negeri Selangor yang lain.
Sunday, 20 September 2015
ELAUN GURU KAFA NAIK LAGI.
Seramai 6,000 guru Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) negeri Selangor akan menikmati kenaikan elaun pada tahun 2016.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Exco Agama YB Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi pada pertemuan bersama guru-guru KAFA daerah Petaling di Sungai Buloh baru-baru ini.
Dengan kenaikan tersebut, gaji guru KAFA akan dinaikkan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
Katanya semua guru KAFA termasuk 2,500 orang daripada lantikan JAKIM akan menerima kenaikan ini.
Elaun guru KAFA telah beberapa kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor pada tahun 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)