Tuesday, 24 November 2015
UMNO PATUT "TUTUP KEDAI" DI SELANGOR.
UMNO patut "tutup kedai" di Selangor dan memberi laluan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Adalah satu kenyataan bahawa pertambahan kerusi DUN UMNO di Selangor tidak akan dapat memungkinkan BN membentuk kerajaan di negeri itu. Ini kerana peluang MCA, MIC dan Gerakan untuk memenangi mana-mana kerusi DUN adalah terlalu tipis. Tanpa kerusi-kerusi parti komponen yang lain maka UMNO tidak akan dapat membentuk kerajaan BN di negeri terkaya itu.
Sebaliknya UMNO patut memberi laluan kepada PAS agar kerusi-kerusi parti Islam itu bertambah dan memungkinkan ia menuntut supaya berada di dalam kerajaan yang akan mentadbir negeri tersebut. Tidak ada gunanya kerusi UMNO bertambah atau dikekalkan seperti sedia ada kerana ia akan tetap kekal sebagai pembangkang.
PAS perlu berada di dalam kerajaan agar agenda-agenda Islam parti itu dapat diteruskan dan kepentingan umat Islam dijaga. Juga di dalam keadaan DAP semakin angkuh PAS amat perlu berada di dalam kerajaan di Selangor.
UMNO patut membiarkan PAS menang 15 kerusi DUN yang PAS menang pada pilihan raya umum 2013. Mereka juga patut membiarkan PAS menang di 5 kerusi yang mereka kalahkan PAS. Maka dengan 1 kerusi yang PAS dijangka boleh merampas dari DAP jumlah kerusi DUN PAS akan meningkat kepada 21 kerusi.
Dengan 21 kerusi tidak ada kerajaan yang dapat dibentuk tanpa PAS. Malah PAS boleh membentuk kerajaan sendiri jika mendapat sokongan dari 9 orang lagi ADUN.
Bagaimana pula dengan UMNO? Zaman kegemilangan UMNO di Selangor telah berlalu. Dengan 7 atau 8 ADUN mereka boleh menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan. Untuk menjadi "check and balance".
Biarkan PAS memimpin negeri Selangor. Mereka lebih berupaya menjaga kepentingan umat Islam dan memartabatkan Islam di negeri itu. Banyak kemajuan pada agama Islam yang telah dicapai sejak 2008.
Jika UMNO berdegil dan undi Melayu berpecah DAP mungkin akan menjadi kuasa terkuat di negeri tersebut. Jangan salahkan PAS sekiranya ini berlaku tetapi UMNO yang bertanggungjawab menyerahkan nasib umat Islam di Selangor ke tangan DAP. (Samiul Jafri)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment