Satu sumber dalaman menyebut PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk dipaksa keluar dari kerajaan.
Di antara perancangan tersebut adalah untuk memastikan gerak kerja parti itu dapat berjalan seperti biasa walaupun tanpa Exco, Ahli Majlis, Ketua Kg atau JKKK dari PAS.
Pemimpin-pemimpin PAS negeri itu juga sedang membuat persiapan awal agar PAS tidak ketinggalan pada saingan pilihan raya umum yang akan datang.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri tanpa PAS akan menghadapi masalah besar untuk mentadbir negeri itu dengan lancar. Kerajaan tersebut akan berhadapan dengan PAS sebagai pembangkang. Pembangkang yang memiliki bekas-bekas Exco, Ahli Majlis dan Ketua Kg.
Mereka yang pernah menjadi sebahagian dari kerajaan maka memahami tentang selok belok pentadbiran selain dari mempunyai maklumat-maklumat dalaman dan memegang rahsia-rahsia kerajaan.
Maka sudah tentu Menteri Besar dan Exco-Exco yang akan berhadapan dengan PAS sebagai pembangkang akan memikul satu tugas yang amat sukar. Kemungkinan PAS telah memikirkan isu-isu yang akan diletupkan jika mereka tersingkir. (Samiul Jafri)
No comments:
Post a Comment