Sumber itu tidak menyebut tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh PAS. Tetapi dengan keahlian di Selangor melebihi 85,000 orang dan hampir 1,000 cawangan sudah tentu sebarang tidak balas dari PAS akan memberi kesan kepada kerajaan negeri tersebut.
Tambahan pula komitmen ahli-ahli PAS adalah begitu tinggi. Walaupun berlaku sedikit kekecohan di dalam parti itu menjelang dan selepas Muktamar di Kuala Selangor PAS tetap teguh. Ahli-ahli tidak meninggalkan PAS seperti yang diharapkan oleh PAN. Malah keahlian dan cawangan PAS di Selangor terus bertambah.
Adalah dijangka ahli-ahli tidak akan berganjak jika PAS disingkir. Sikap ahli-ahli PAS adalah untuk bangkit apabila ditekan.
Diberitakan juga pimpinan PAS Selangor telah mengadakan pertemuan-pertemuan sulit bersama pakar-pakar pentadbiran kerajaan dan perundangan untuk merancang tindakan parti itu jika dipecat dari pentadbiran kerajaan negeri.
Ada juga spekulasi kononnya pertemuan telah juga diadakan bersama bekas pimpinan kerajaan PAS Kelantan semasa PAS disingkirkan melalui pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1977.
Sudah tentu nasihat-nasihat yang berguna telah diterima daripada pihak-pihak tersebut. Dengan itu PAS kemungkinan besar telah bersedia dengan apa saja situasi yang timbul di Selangor.
Walau bagaimanapun susah hendak mengagak apakah tindakan PAS pada 100 hari pertama menjadi pembangkang semula. Sama-sama kita tunggu. (Samiul Jafri)

No comments:
Post a Comment