Tuesday, 15 December 2015

BIARKAN PAN MATI DIKUBUR YANG TIDAK BERNISAN.


Pimpinan PAS tidak perlu melayan sebarang provokasi oleh pimpinan PAN. Provokasi ini sengaja dilakukan kerana PAN telah kehabisan modal di samping gagal menarik sokongan masyarakat Melayu.

Ini amat membimbangkan pimpinan PAN kerana mereka berhadapan dengan risiko diketepikan oleh DAP. DAP mengharapkan PAN boleh menggantikan PAS di dalam pakatan pembangkang yang baru tetapi ternyata PAN telah gagal. Tanpa sokongan DAP sukar untuk melihat PAN dapat bertahan.

Oleh yang demikian mereka terpaksa mewujudkan provokasi seperti tuduhan Presiden PAS Mat Sabu bahawa PAS diresapi pengaruh ISIS. Tanpa provokasi seperti itu orang ramai akan melupakan PAN dan parti itu akan terus tenggelam.

Maka jika PAS Pulau Pinang menyaman Mat Sabu kerana menuduh PAS, ia hanya akan menguntungkan PAN. Ia adalah bagai memberikan oksigen kepada orang yang lemas. Kita patut biarkan PAN ketandusan isu dan akhirnya ia akan mati di kubur yang tidak bernisan. (Samiul Jafri)

No comments:

Post a Comment