Thursday, 15 October 2015

RATUSAN MASJID AKAN JATUH KE TANGAN UMNO.


Ratusan masjid di Selangor dijangka akan jatuh ke tangan Umno selepas mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa mereka akhir tahun ini.

Laporan yang diterima menunjukkan terdapat usaha yang bersungguh daripada pihak UMNO untuk mengambil alih pucuk kepimpinan masjid-masjid itu.

Masjid-masjid melihat pendaftaran mendadak ahli-ahli kariah. Pendaftaran pula dipercayai telah dilakukan oleh pihak yang dikenali cenderung kepada UMNO.

Sementara pendaftaran yang dilakukan oleh pihak PAS kelihatan lembab dan PKR hampir tidak wujud.

Perkara ini berlaku mungkin kerana kesedaran di kalangan ahli kariah yang rendah dan sikap "tidak apa" masyarakat Melayu. Perkara yang sama berlaku pada pendaftaran pengundi oleh SPR. Masyarakat Cina lebih berminat mendaftar dari masyarakat Melayu.

Selepas dikalahkan pada pilihanraya 2008, UMNO telah hilang kawalan ke atas masjid-masjid di Selangor. Akibatnya masjid-masjid itu menjadi lebih aktif kerana dipenuhi dengan pelbagai program dan tidak hanya menjadi tempat menunaikan solat-solat berjemaah.

Tetapi UMNO dijangka akan kembali menguruskan masjid-masjid di Selangor akhir tahun ini. Sudah tentu ianya bukan berita gembira bagi ahli kariah masjid-masjid. (Fakri Yusuf)

No comments:

Post a Comment