Sunday, 17 January 2016

PECAT ZUHDI!


Terdapat gesaan agar Mohd Zudi Marzuki (Gambar atas) dipecat dari jawatan sebagai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan kenyataan-kenyataan kontroversi dan kadang-kala bodoh. Tetapi kenyataan beliau yang terkini (Gambar bawah) menyentuh hubungan PAS-PKR di Selangor dan status hubungan itu selepas pembubaran Parlimen mengundang kemarahan ramai.


Sama ada ramalan beliau itu berasas atau tidak bukanlah persoalannya. Tetapi sebagai seorang individu yang tidak terlibat dengan kerajaan negeri Selangor atau PAS negeri Selangor sudah tentu beliau tidak sepatutnya mencampuri urusan di negeri tersebut. Malah Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad turut memuatkan komen di dalam Facebook beliau yang menyindir Zuhdi. (Gambar bawah)


Hari ini walau pun PAS dan DAP telah memutuskan hubungan politik tetapi hubungan mereka di dalam kerajaan berjalan seperti biasa. Kerajaan negeri Selangor masih kekal teguh. Tetapi ramalan terbuka Zuhdi ini mampu menimbulkan perasaan curiga mencurigai di antara PAS dan PKR. Ini sudah tentu tidak baik untuk kestabilan kerajaan negeri.

Zuhdi juga dikritik kerana tidak merujuk kepada pimpinan PAS terutamanya Iskandar (Gambar bawah) yang juga merupakan Naib Presiden PAS. Zuhdi sebelum ini juga sering mendahului pimpinan tertinggi PAS di dalam kenyataan-kenyataan beliau. Akibat sikap "lebih sudu dari kuah" ada yang menggelar Zuhdi lebih Presiden dari Presiden.


Tetapi kenyataan terkini itu boleh mengakibatkan kerajaan negeri tidak stabil dan akhirnya dapat memberi ruang kepada UMNO untuk menangguk di air yang keruh. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. (Samiul Jafri)

No comments:

Post a Comment